Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Berat Asal 70kg, Gadis Kongsi Tips Diet Santai & Berjaya Turunkan 12 Kilogram Setakat Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perjalanan menurunkan berat badan mungkin boleh jadi menyeronokkan dan memberi kepuasan jika dilakukan secara santai.

Malah, tabiat diet yang sihat juga dipercayai dapat meningkatkan mood seseorang individu. Oleh itu, jika kena pada caranya, kita mungkin tak lagi rasa terbeban, malah rasa lebih gembira untuk mengamalkan diet.

Seperti saudari Mimi Syasyafalani, gadis ini berkongsi cara santai dilakukannya untuk menurunkan berat badan dari sekitar 70 kilogram menjadi 57 hingga 59 kg sahaja sejak Januari. Gadis berketinggian 154 cm itu menyasarkan berat badan sekitar 50 hingga 53 kg.

Kongsinya, dia mengamalkan diet suku-suku separuh dan berpuasa untuk menurunkan berat badan di samping melakukan senaman.

“Diet memang ikut suku-suku separuh. Kadang-kadang puasa. Senaman 10,000 langkah termasuk naik turun tangga dan naik turun bukit. Plank hanya 3 hingga 5 minit, dua kali sehari,” katanya.

Secara asasnya saya lebih kepada puasa dan intermitten fasting (IF). Setiap hari Isnin dan Khamis saya puasa. Dan bila hujung bulan, saya puasa berturut-turut atau IF dua minggu. Saya tekankan puasa sebab puasa je mampu sekat kita punya selera.

Saya tekankan diet suku-suku separuh pada setiap waktu makan.

Senaman saya lebih kepada 10,000 langkah atau berbasikal 30 hingga 45 minit sehari.

Kalau saya penat, saya cuma jalan window shopping kat pasaraya je. Pejam-pejam mata dah 10,000 langkah.

Saya jenis tak beli apa-apa dan tak mudah tergoda dengan barang-barang di sana.

Tapi kalau jenis senang terpengaruh, baik elakkan.

Kalau saya tak puasa atau tak buat IF, pagi saya makan telur separuh masak dua biji.

Porsi suku-suku separuh. (Kredit: Google)

Tengah hari makan macam biasa ikut porsi.

Malam bergantung pada keadaan. Kekadang makan jugak ikut porsi, tapi kalau betul-betul rasa macam taknak makan, saya ambil susu.

Kalau rasa lapar sangat, saya ambil susu segelas, epal hijau sebijik. Tapi biasanya susu dah okay. Cuma kalau perut kosong sangat, elakkan susu, takut gastrik.

Saya selalu je cheat day, seminggu sekali tu wajib. Kalau boleh jangan tertekan sangat. Secara asasnya, saya mula diet dari Januari sampai sekarang.

Cuma tips paling utama, cari seseorang yang boleh buat kita terinspirasi dan bersemangat. Kalau seorang pun tak ada masalah, cuma mental dan psikologi kena kuat terutama bila kawan ajak makan di tempat best.

Waktu tengah hari, saya selalu je ikut kawan. Tapi saya puasa, jadi bila puasa tak payah makan. Kalau kita kata kita diet dan ikut kawan, sebenarnya menyusahkan mereka sebab kena fikir kita nak makan apa.

Apa nak buat kalau nak putus asa? Mula dengan puasa sunat. Tapi, puasa ni ramai yang selalu kalah. Ramai yang cakap bila puasa lagi makan banyak.

Sebenarnya tak, kita lagi mudah kawal.

Tipsnya, jangan beli. Cuba masak sendiri. Tak sempat? Beli stok salad banyak-banyak. Bila kita ada salad dan tak perlu nak masak sayur, benda jadi mudah. Nak makan nasi lauk tomyam pun boleh. Janji ada sayur.

Paling penting, gembira dengan hidangan kita. Jangan terlalu stress.

Sumber: Mimi Syasyafalani, Live Science

Amira

Love yourself.