Siakap Keli

City Dilapor Tawar Tiga Pemain & Duit Puluhan Juta Pound Kepada Barca, Untuk Ditukar Dengan Messi

Manchester City dilaporkan bersedia untuk menawarkan Barcelona £ 89.5 juta beserta tiga pemain iaitu Bernardo Silva, Gabriel Jesus dan Eric Garcia untuk Lionel Messi .

City optimis mencapai kesepakatan dengan kelab gergasi Catalan itu setelah Messi mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan kelab tersebut musim panas ini.

Sekiranya Messi menyetujui perjanjian dengan City, dia akan dipertemukan dengan Pep Guardiola berikutan kariernya yang luar biasa di Nou Camp – menjaringkan 634 gol yang menakjubkan dan mencipta 285 assist dalam 731 penampilan untuk pasukan gergasi Sepanyol itu.

Desas-desus penghijrahan Messi bertiup kencang selepas Barcelona dimalukan oleh Juara UCL musim ini, Bayern Munich dalam saingan separuh akhir kejohanan utama Eropah peringkat kelab itu.

Barcelona tampil longlai, dibelasah 8-2 dalam perlawanan yang menyaksikan Quique Setién dipecat sebagai jurulatih sebelum Ronald Koeman diumumkan sebagai jurulatih baru kemudiannya.

 

Sumber: Dailymail

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.