Siakap Keli
israel serang gaza
Kredit: Agensi Anadolu

Israel Serang Kedudukan Tentera Hamas Di Gaza Hari Ini

GAZA CITY, 28 Ogos (Bernama) — Pesawat tempur dan kereta kebal tentera Israel pada Jumaat melancarkan serangan menyasarkan kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

Tentera Israel dalam Twitternya berkata tindakan itu sebagai tindak balas terhadap serangan belon api yang dilancarkan penduduk Palestin.

Menurut sumber Palestin, pesawat Israel menyerang kedudukan milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap bersenjata kumpulan Palestin Hamas di Gaza dan Rafah.

Tentera Israel mendakwa enam roket dibedil dari Gaza ke Israel.

Tiada korban jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.