Lelaki Ini Muatnaik Video Tutorial Pasang Jalur gemilang Dengan Cara Dan Adab Yang Betul

Beberapa hari lagi negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke-63. Kebanyakkan rumah sudah mula memasang Jalur Gemilang di halaman rumah mereka dan tak kurang juga ramai yang memasangnya di kenderaan masing-masing.

Seorang penggiat Youtube, dari saluran Hang Mhadi meluahkan rasa cinta kepada negara dengan cara yang berbeza apabila beliau memuatnaik satu video tutorial memasang bendera Malaysia atau Jalur Gemilang dengan betul.

Video yang berdurasi selama 7 minit itu bermula dengan pengenalan warna-warna Jalur Gemilang dan kemudian diikuti dengan cara-cara memasang bendera Malaysia dengan betul.

Semoga selepas ini, tiada lagi kejadian pasang Jalur Gemilang atau mana-mana bendera negeri di Malaysia dalam keadaan terbalik.

Sumber: Hang Mhadi

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Editor: Azmil

Tambah komen

Dari Wiser.my