Siakap Keli
Gambar: Bomba Perak

Lelaki Maut Tertimbus Dipercayai Ketika Mendulang Bijih Timah

BATU KURAU, 28 Ogos – Seorang lelaki ditemui mati tertimbus dalam keadaan membongkok sewaktu mendulang bijih timah di sebuah kebun di sini, malam tadi.

Bomba Perak menerusi satu kenyataan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada keluarga mangsa.

“Mangsa yang berusia lingkungan 48 tahun dipercayai melakukan kerja mendulang bijih timah dan tidak balik sehingga jam 8 malam.

“Mangsa dipercayai maut akibat tertimbus tanah dan berjaya dikeluarkan pada 10.49 malam,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Turut serta dalam operasi adalah ketua balai, PBK 1 Mohamad Hisyam Osman.

Difahamkan, kerja-kerja penggalian dijalankan di sekitar situ dengan menggunakan peralatan khas.

Bagaimanapun, mangsa disahkan maut oleh pihak anggota Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di tempat kejadian, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Gambar: Bomba Perak
Gambar: Bomba Perak
Gambar: Bomba Perak

Sumber: Bomba Perak

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.