Siakap Keli
Kredit: The Guardian

Lelaki Warga Emas Dilapor Maut Selepas Diserang Singa Sendiri

Seorang lelaki warga emas maut dibunuh singa belaannya di Limpopo, Afrika Selatan pada Rabu lalu.

West Mathewson, 69 yang merupakan seorang ahli pemuliharaan dilaporkan telah diserang seekor daripada dua singa putih miliknya ketika membawa haiwan itu bersiar-siar di penempatan khusus mereka.

Kejadian berlaku ketika salah seekor daripada singa dibawa menyerangnya secara tiba-tiba dan membunuh mangsa.

Isteri mangsa, Gill, 65 yang memandu di belakang suaminya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berjaya.

Mathewson dikatakan memelihara singa-singa tersebut sejak mereka kecil dan telahpun terbiasa dengan haiwan berkenaan.

Beliau dipercayai menyelamatkan haiwan tersebut daripada pemburuan terancang di kawasan tertutup atau aktiviti pembiakan untuk pemburuan.

Pada 2017, kedua-dua singa putih itu dilapor telah melepaskan diri daripada penempatannya serta membunuh seorang lelaki yang bekerja di kawasan kejiranan.

Kata Mathewson pada ketika itu, singa-singa itu tidak agresif dan dia berjalan bersama haiwan berkenaan sekitar tiga hingga empat jam sehari.

Susulan itu, singa-singa tersebut bakal dipindahkan ke fasiliti baru sementara memutuskan perancangan seterusnya ke atas haiwan berkenaan.

Sumber: The Guardian

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.