Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Surat Tular Penganugerahan Darjah Kebesaran Perak Palsu-SUK

IPOH, 28 Ogos (Bernama) — Surat ‘pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Perak’ yang tular di media sosial adalah palsu.

Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat tersebut yang menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri dan menafikan kandungannya.

Sehubungan itu, Ahmad Suaidi berkata pihaknya telah membuat laporan polis semalam supaya siasatan lanjut dijalankan.

“Pentadbiran ini turut menyeru agar mana-mana individu yang menerima surat berkenaan dapat tampil ke depan bagi membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Surat bertarikh 25 Ogos itu menyatakan bahawa penerima dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) Yang Amat Mulia Peringkat Pertama yang membawa gelaran Datuk.

Surat turut menyatakan majlis penganugerahan akan diadakan pada 25 Sept ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story