Siakap Keli
Gambar Via CNN

Terpaksa Tekan Kuat Untuk ‘Flush’, Wanita Ini Terkejut Temui Empat Ekor Ular ‘Menginap’ Dalam Tangki Tandas

Seorang wanita dari Australia yang mempunyai kesukaran untuk mengepam tandasnya nyata terkejut kerana menemui beberapa ekor ular yang melingkar di dalam tangki air tandasnya, lapor CNN.

Wanita berusia 25 tahun itu tinggal di dalam sebuah ladang tebu di North Queensland. Menurutnya, dia terpaksa berulang kali menekan butang tangki tersebut dengan kuat agar tandas dapat dibilas.

“Saya agak bingung. Jadi saya berfikir untuk membuka penutup tangki dan memeriksa jika ia ada sebarang kerosakan,” katanya.

Namun, alangkah terkejutnya wanita itu apabila mendapati terdapat empat ekor ular pokok biasa yang bergerak di dalamnya. Ular terbesar adalah 3.2 kaki atau 1 meter panjang.

Gambar Via CNN

“Saya tercengang melihat mereka dan berfikir bahawa ini tidak kena,” ujarnya lagi.

Menurut Jabatan Alam Sekitar Queensland, ular pokok biasa yang kebanyakannya memakan mengkarung dan katak ini tidak berbisa dan biasanya tidur di dedaunan, celah-celah dan lubang pokok.

Wanita itu menghubungi rakan-rakannya bagi meminta bantuan untuk membuang ular itu. Mereka melepaskan ular-ular tidak berbahaya tersebut ke dalam ladang tebu berdekatan.

Pun begitu, kejadian ini bukan pertama kali berlaku kepadanya. Lebih sebulan yang lalu, dia menemui ular pokok di dalam bilik mandi di sebelah tandas.

Dia mengatakan bahawa dia mengesyaki ular memasuki rumahnya melalui celah-celan di papan lantai.

Sumber: CNN

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.