Siakap Keli

‘Post’ Video Dengan ‘IG Filter’ OPPO Reno4 Pro Dan Video Kreatif Untuk Menang Hadiah Bernilai RM12,000

Kehadiran OPPO Reno4 yang terdiri daripada OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro nampaknya memberikan impak yang begitu besar dalam dunia teknologi. Perkara ini kerana ianya dilengkapi dengan features dan teknologi yang sangat awesome dapat membuatkan peminat photography dan videography tersenyum.

Dengan kualiti lensa kamera yang dapat memberikan hasil mengagumkan seperti rakaman video yang beresolusi tinggi, OPPO Reno4 ini sudah pasti dapat menambat hati individu yang gemar untuk menangkap gambar dan merakam detik-detik indah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Berbekalkan teknologi terbaru dan features yang mengagumkan, pasti ramai yang ingin memiliki peranti tersebut. Berita baik untuk anda semua, OPPO kini sedang menganjurkan peraduan #BeRENOgrapher bermula 26 Ogos sehingga 23 September ini.

Jom tengok macam mana Sarah Suhairi, PheiYong, Julene dan Yvonne Chua hasilkan video kreatif mereka dengan features hebat OPPO Reno4.

Dengan menyertai peraduan ini, peserta berpeluang untuk memiliki peranti canggih tersebut dan juga Enco secara percuma. Dua kategori yang dipertandingkan oleh OPPO menawarkan hadiah iaitu OPPO Reno4 untuk pemenang hadiah utama bagi setiap kategori. Bukan itu sahaja, peserta juga berpeluang memenangi Enco Free bernilai RM499 untuk 5 pemenang Hadiah Saguhati bagi setiap kategori.

Cuba tengok ni, bukan hanya satu hadiah yang ditawarkan, malah hadiah turut diberikan secara mingguan. Jadi, lagi besarlah peluang anda untuk memenangi salah satu daripada hadiah tersebut.

Lebih menarik lagi, peraduan ini menawarkan hadiah secara mingguan iaitu OPPO Enco W31 yang bernilai RM259. Bagi hadiah utama pula, dua orang pemenang akan terpilih bagi setiap kategori dan akan membawa pulang OPPO Reno4. Tidak dilupakan, hadiah saguhati yang merupakan OPPO Enco Free turut akan diberikan para pemenang.

Macam mana nak menang OPPO Reno4 dan Enco Free ?

Seperti yang dinyatakan, OPPO menganjurkan dua kategori bagi peraduan ini iaitu kategori Creative MV dan juga kategori Instagram Filter. Tapi jangan risau, hadiah yang ditawarkan juga adalah mengikut kategori dan bermakna anda mempunyai peluang yang tinggi untuk memenanginya.

Kategori Creative Video

Jom sertai peraduan yang dianjurkan oleh OPPO dengan beberapa langkah yang mudah. Mudah sahaja caranya iaitu dengan menghasilkan video paling kreatif dan berpeluang untuk memenangi hadiah.

  1. Hasilkan video kreatif berdurasi 1 minit atau kurang.
  2. Muat naik video berkenaan ke dalam Instagram dan Facebook.
  3. Pastikan juga anda menggunakan kapsyen yang paling kreatif.
  4. Tag @oppomalaysia dan juga hashtag #BeRENOgrapher #OPPOReno4Pro
  5. Pastikan akaun Instagram dan Facebook berada dalam mod public
  6. Bagi pengguna smartphone OPPO, digalakkan untuk menggunakan Soloop bagi menyunting video.

Berita baik juga untuk pengguna OPPO, anda mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Dengan langkah yang mudah sahaja, jangan sia-siakan peluang yang terhidang.

Kategori OPPO Reno4 Pro Filter

Selain kategori Creative Video, peserta juga boleh menyertai peraduan ini melalui kategori OPPO Reno4 Pro Filter. Boleh dikatakan, majoriti pengguna smartphone mempunyai akaun Instagram, jadi ianya pasti tidak menjadi masalah untuk menyertai peraduan hebat ini.

  1. Imbas QR Code yang disediakan atau tekan pautan ini untuk mengakses OPPO Reno4 Pro Filter.
  2. Pilih daripada empat jenis filter yang disediakan iaitu Reno4 Pro Frame, Butterfly, Blink Blink dan 63rd Merdeka atau search Reno4 Pro di Instagram Story.
  3. Rakam video anda menggunakan OPPO Reno4 Filter dan post ke Instagram dan Facebook anda.
  4. Gunakan kapsyen yang kreatif.
  5. Letakkan hashtag #BeRENOgrapher #OPPOReno4ProFilter.
  6. Pastikan akaun Instagram dan Facebook anda berada dalam mod public.

 

IG Filter tersebut ada function AI Color Portrait yang sama macam feature yang terdapat dalam peranti OPPO Reno4. Boleh la try test tengok kehebatan peranti ini.

Nak inspirasi untuk lebih kreatif ? Jom check features hebat pada OPPO Reno4

Bercakap mengenai peranti ini, OPPO Reno4 didatangkan dengan pelbagai features terutamanya dalam segmen kamera. Pelbagai ciri-ciri istimewa khususnya dalam segmen kamera yang dilengkapi dalam peranti canggih ini.

AI Color Potrait Mode

Fungsi AI Color Potrait yang terdapat di dalam peranti OPPO Reno4 ini dapat menghasilkan imej dan video yang membolehkan gambar atau objek yang ditangkap dikekalkan warna asal namun latar belakang gambar dengan filter black and white.

Dengan filter ini, sudah pasti dapat membuatkan diri anda sebagai subjek yang paling menyerlah di dalam gambar tersebut. Kesan pencahayaan yang baik juga dapat memberikan pencahayaan yang lebih baik kepada subjek yang ingin ditonjolkan.

Monochrome Video

Bukan gambar sahaja yang boleh menghasilkan latar belakang black & white, monochrome video juga boleh mengawal beberapa warna terhadap subjek yang ditangkap. Difahamkan, dengan fungsi ini, lensa kamera OPPO Reno4 hanya boleh mengesan 3 warna iaitu merah sahaja, biru sahaja dan hijau sahaja. Selain itu, lensa kamera juga boleh detect subjek yang dirakamkan dengan berlatar belakangkan black & white.

Night Flare Potrait

Antara ciri lain yang dilengkapi dalam peranti ini ialah mod Night Flare. Fungsi ini akan memberikan penghasilan imej yang berkualiti tinggi walaupun ditangkap pada waktu malam atau di sudut yang kekurangan cahaya. Hasil pemotretan dan latar belakang bokeh memberikan hasil yang terbaik walaupun tanpa extra lighting.

Seperti gambar Ayda Jebat di bawah ni, gambar yang terpapar nampak dengan jelas dengan kesan bokeh yang sangat berkualiti dengan potongan yang perfect.

960fps AI Slow Mo

Ciri dan teknologi kamera dengan mod gerak perlahan Slow-Mo sehingga 960fps, objek yang dirakamkan bergerak dapat dikesan dengan pengesanan algorithma yang bagus. Dengan rakaman tersebut, gerak perlahan yang ditonjolkan akan memperlihatkan hasil begitu memuaskan tanpa sebarang gangguan ketika rakaman dibuat.

Ultra Steady Video 3.0

Mungkin ini yang paling dapat menambat hati pengguna OPPO Reno4, iaitu kualiti rakaman menggunakan Ultra Steady Video 3.0 bagaikan menggunakan stabilizer. Fungsi dan teknologi ini akan menghasilkan video yang lebih jelas dan stabil. Jadi, gegaran dalam video dapat dikurangkan dan hasil rakaman pasti akan sangat smooth walaupun terdapat banyak pergerakan.

Aplikasi Soloop

Untuk mendapatkan hasil suntingan yang menarik, pengguna OPPO juga boleh memanfaatkan aplikasi Soloop yang sangat mudah untuk digunakan. Sememangnya terbukti, hasil video yang disunting menerusi aplikasi ini akan memberikan pengalaman menonton video yang smooth dan menarik.

Jom tengok cara mudah untuk menggunakan SoLoop Video Editor dalam video di bawah.

Sudah terang lagi bersuluh, OPPO Reno4 mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik terutamanya pada bahagian kamera dan pengecasan pantas dengan hanya 36 minit untuk fully charge.

Jangan lepaskan peluang anda untuk meninjau sendiri kehebatan OPPO Reno4 ini di pautan ini atau anda sendiri berkunjung ke outlet OPPO yang berdekatan.

Untuk pemenang secara mingguan, ianya akan diumumkan melalui OPPO Facebook pada 4 September, 11 September dan juga 18 September 2020.

Pemenang akan diumumkan di OPPO Official Online Store.

Untuk maklumat lanjut:

OPPO Reno4 Series: https://www.oppo.com.my/page/reno4series

Be RENOgrapher:
https://www.oppo.com.my/page/beRenographer
Terma dan Syarat:
https://www.oppo.com.my/page/beRenographerTerms
Facebook OPPO:
https://www.facebook.com/malaysiaoppo/
Instagram OPPO:
https://www.instagram.com/oppomalaysia/
Twitter OPPO:
https://twitter.com/OPPOMalaysia?s=21

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa