Siakap Keli
Gambar Hiasan(Kecil) Via Small Joys

Kereta ‘Terjun’ Sebelum Rempuh Dinding Rumah Selepas Pemandu Mendakwa Cuba Mengelak Ayam Melintas

Seorang pemandu merempuh sebuah rumah selepas mendakwa bahawa seekor ayam berlari di depan kenderaannya, lapor Daily Star.

Lelaki yang berusia 41 tahun itu pada mulanya memberitahu polis bahawa dia melihat seakan kanak-kanak berlari ketika dia memandu sehingga memaksanya untuk membelok.

Dia kemudian mengakui bahawa ia bukan kanak-kanak namun seekor ayam.

Keretanya telah hilang kawalan dan telah ‘terjun’ terus menuju ke dinding rumah yang terletak di bandar Verulm, Afrika Selatan, New Durban.

Media tempatan melaporkan bahawa kereta putihlelaki itu hancur namun tiada sesiapa di dalam rumah tersebut ketika nahas itu berlaku.

Pemandu dan seorang penumpang lain berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan dan dirawat di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.

Sumber: Daily Star

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.