Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Rumah Jiran Juga Terjejas, Lelaki Ini Didakwa Bakar Rumah Ketika Isteri Masih Tidur Dipercayai Kerana Bertengkar

Hanya kerana perselisihan faham, seorang suami didakwa nekad membakar rumahnya ketika isterinya sedang nyenyak tidur di bilik, lapor Tribun.

Menurut Tribun, kebakaran tersebut bukan sahaja telah menjejaskan rumah pasangan berkenaan, sebaliknya dua rumah jirannya yang berdekatan juga turut musnah dijilat api.

Kejadian tersebut dilaporkan terjadi di Desa Jayapura, daerah Lirik, Riau, Indonesia.

Pada mulanya, suspek yang berusia 65 tahun itu didakwa telah bertengkar dengan isterinya beberapa hari sebelum kejadian tersebut berlaku.

Menurut Inhu Aipda Misran, pegawai perhubungan awam polis, telah menyatakan bahawa kedua-dua pasangan itu tidak bertegur sapa selama beberapa hari.

Gambar Sekadar Hiasan

Namun pada hari Rabu (26/8/2020), mereka telah dilaporkan bertengkar sekali lagi.

“Selama beberapa hari suspek tidak bertegur sapa dengan isterinya. Mereka bertengkar kerana masalah kewangan. Sebelum ini, suspek mempunyai pekerjaan tetap sebagai pemandu. Namun kini, dia hanya melakukan kerja-kerja yang sementara sahaja,” kata Misran.

Kerana sering bertengkar, suspek kemudiannya telah bertindak nekad dengan membakar bantal, selimut dan tilamnya.

“Api pada waktu itu marak dengan cepat, kerana setengah daripada rumah itu diperbuat daripada kayu,” kata Misran.

Ketika suspek membakar rumahnya itu, isterinya masih sedang nyenyak tidur dan hampir maut jika tidak segera keluar dari rumah itu.

Si isteri dilaporkan menjerit ketakutan sambil menyelamatkan dirinya manakala suspek pula berada di sekitar rumah sambil memerhatikan rumahnya sedang terbakar.

Selain daripada rumah pasangan suami isteri itu, dua rumah jirannya yang berdekatan serta dua kereta dan tiga motosikal juga turut dilaporkan musnah dijilat api.

Gambar Sekadar Hiasan

Tidak lama kemudian, jentera bomba tiba dan segera memadamkan api tersebut.

“Kebakaran itu dapat dipadamkan selepas tiga unit jentera bomba tiba ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran,” ujar Misran.

Setelah api dapat dipadamkan, pihak polis segera melakukan penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran tersebut berlaku.

“Setelah mengumpul keterangan saksi dan barang bukti, suspek segera ditangkap dan dibawa ke balai polis Lirik. Semasa disoal siasat, suspek telah mengakui bahawa dia telah membakar rumahnya itu kerana bertengkar dengan isterinya,” kata Misran.

Susulan daripada kejadian tersebut, polis telah menahan si suami dan menetapkannya sebagai suspek.

Suspek bakal didakwa dibawah undang-undang kerana melakukan penganiayaan kerana mencetuskan kebakaran. Jika didapati bersalah, suspek boleh dijatuhi hukuman maksimum 12 tahun penjara.

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.