Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI COVID-19: Hanya 1 Kes Tempatan Dan 10 Kes Import Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 8 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,038 kes (97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Selain itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan, jumlah kes baharu Covid-19 pula adalah sebanyak 11 kes termasuk 10 kes import dan 1 kes tempatan .

Sehingga 29 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 11 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak, 9317 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 154 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan enam (6) warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara. 10 kes import tersebut adalah dari negara:

  1. India (7 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes di Selangor);
  2. Indonesia (1 kes di Selangor); dan
  3. Qatar (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Satu (1) kes penularan di dalam negara melibatkan satu (1) warganegara Malaysia. Kes dikesan di negeri Sarawak adalah daripada saringan pra pembedahan di Hospital Umum Sarawak.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian kekal 125 kes bersamaan 1.34%.

Sumber: KP Kesihatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa