Siakap Keli
Gambar: Bernama

APMM Kongsi Perbezaan Bot Nelayan Dan Bot Memancing, Kaki Pancing Wajib Tahu Perkara Ini

Pasti ramai diantara kita yang mempunyai hobi memancing di tengah-tengah laut. Untuk ke tengah laut pula, pengusaha-pengusaha bot akan dihubungi bagi membawa kita menjalankan aktiviti tersebut.

Pun begitu, kepada kaki pancing, anda perlu memastikan terlebih dahulu bahawa bot yang anda pilih atau naiki itu perlulah lengkap dari segi dokumentasi dan sebagainya.

Justeru daripada itu, pihak APMM menerusi laman Faceboook ada berkongsikan tentang perbezaan bot nelayan dan bot memancing serta apa dokumentasi dan kesalahan yang mungkin musnahkan rancangan memancing anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗧 𝗡𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗧 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗖𝗜𝗡𝗚

Beberapa hari yang lalu, ada dikongsikan tentang kes penahanan bot fiber yang menyediakan perkhidmatan membawa kaki pancing. Banyak persoalan dibangkitkan berhubung isu ini. Setelah min teliti, min dapati masih ada rakan-rakan min di luar sana yang kurang jelas tentang aspek keselamatan buat golongan kaki pancing macam min.

Di sini min nak kongsi asasnya serba ringkas….

Terdapat dua perbezaan antara bot nelayan dan bot yang menyediakan perkhidmatan seperti membawa geng kaki pancing ke laut (bot perkhidmatan penumpang)

Bagi bot yang menawarkan perkhidmatan membawa penumpang bagi tujuan pengangkutan awam di laut ataupun rekreasi seperti island hopping dan menangkap ikan hanya dengan menggunakan peralatan memancing, lesen bot atau kebenaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Bukan sekadar lesen bot malah jurumudi bot juga perlu memiliki sijil kompetensi dari Jabatan Laut yang sama konsepnya seperti lesen memandu kenderaan darat.

Jika rakan-rakan min memeriksa bot tersebut dan didapati keadaan di bot tidak menepati syarat sah lesen, semestinya akan ditahan untuk disiasat.

Untuk kategori bot nelayan pula, lesen atau kebenaran dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, di mana terdapat syarat-syarat yang terkandung di dalam buku lesen tersebut seperti jumlah bilangan awak-awak yang boleh dibawa serta senarai peralatan menangkap ikan yang dibenarkan. Semestinya ia berbeza mengikut kelas bot seperti Kelas A, B dan C. Jika bot nelayan ini ditahan dan didapati jumlah bilangan kru melebihi syarat. Ia menjadi kesalahan.

Kelazimannya apabila rakan-rakan min membuat pemeriksaan, buku lesen akan disemak dan jika didapati tekong dan bot tidak mengikuti syarat yang terkandung di dalam buku lesen, maka mereka akan ditahan untuk disiasat.

Maka, min sarankan agar pengusaha bot dan geng memancing sentiasa membuat senarai semak sebelum sebarang aktiviti di laut dijalankan bagi memastikan keselamatan sepanjang berada di laut sentiasa terjamin.

Sumber: APMM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa