Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Kumparan

Dipercayai Penyebab Kematian Pelakon ’Black Panther’, Ini Gejala Kanser Kolon Yang Anda Perlu Tahu

Semalam, peminat-peminat filem adiwira Marvel telah dikejutkan dengan pemergian salah seorang pelakon filem yang membintangi watak ‘Black Panther’ iaitu Chadwick Boseman.

Walaupun beliau tampak sihat ketika melakonkan filem yang telah pecah panggung itu, namun sedar tak sedar beliau sebenarnya sedang bertarung nyawa dengan sakit yang dihidapinya iaitu kanser usus selama 4 tahun.

Menurut myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara gejala kanser kolon (usus) dan rektum adalah seperti berikut:

  • Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
  • Turun berat badan tanpa sebab
  • Kerap penat atau letih lesu
  • Perubahan habitat pembuangan najis.
  • Cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
  • Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.

Sekiranya mempunyai gejala yang disenaraikan oleh myhealth KKM ini, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan lanjut.

Menurut Public Health Malaysia, di Malaysia, kanser usus merupakan kanser utama dikalangan lelaki dan yang kedua dalam kalangan wanita (selepas kanser payudara).

Sumber: Public Health Malaysia/myhealth

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa