Siakap Keli
Gambar: India Times

Guru-Guru Ini Kumpul Gaji Sendiri Dan Belikan Telefon Bimbit Untuk Pelajar Supaya Boleh Belajar Dalam Talian

Kebanyakan orang mungkin sedang bekerja dari rumah pada ketika ini namun tidak semua orang dilengkapi dengan kemewahan dan teknologi untuk melakukannya.

Permasalahan ini juga dihadapi oleh pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik. Sesetengah dari mereka tidak dapat mengikuti kelas dalam talian kerana tidak mempunyai telefon bimbit dan komputer riba.

Gambar Via India Times

Mereka tidak mampu untuk membeli alatan yang diperlukan namun usaha yang dilakukan oleh guru-guru ini wajar dipuji kerana tidak mahu para pelajarnya ketinggalan dalam pelajaran.

Guru-guru dari Tamil Nadu itu mengambil keputusan untuk membelikan para pelajar mereka telefon bimbit yang membolehkan mereka mengikuti kelas dalam talian.

Gambar Via India Times

Menurut laporan ANI, para guru di sekolah bantuan Thiyagaraja Government mengumpulkan wang dari gaji mereka sendiri dan membelikan telefon bimbit untuk para pelajarnya.

Dengan penutupan sekolah, adalah sangat penting untuk setiap pelajar tidak terlepas dari kelas atas talian mereka namun kerana kekurangan sumber, pelajar yang kurang berkemampuan ketinggalan.

Gambar Via India Times

Usaha guru-guru terbabit memperlihatkan bagaimana mereka tidak mahu pelajar-pelajar ketinggalan dalam pelajaran mereka.

Sumber: India Times

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa