Siakap Keli
Gambar: Arab News

Hampir Sebulan Tragedi Letupan Di Beirut, Tujuh Orang Dilaporkan Masih Belum Ditemui

Tentera Lubnan memaklumkan pada Sabtu lalu bahawa seramai tujuh orang termasuk tiga orang warganegara Lubnan masih lagi tidak ditemui selepas kejadian letupan di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 188 orang terkorban, lapor Arab News.

“Operasi mencari dan menyelamat tidak akan berhenti sehingga yang hilang ditemui,

“Masih ada tujuh orang yang hilang iaitu tiga warganegara Lubnan yang saudara mara mereka telah menyerahkan sampel DNA, tiga warganegara Syria dan satu warga Mesir, ” kata jurucakap tentera, Elias Aad.

Jurucakap tentera mengatakan angka itu dikumpulkan dari data yang dikemukakan oleh Pasukan Keselamatan Dalam Negeri negara itu, dalam koordinasi dengan Red Cross.

ISF pada minggu lalu berkata bahawa dia telah mengenalpasti 33 orang jenazah yang hilang setelah letupan itu.

Kementerian Kesihatan juga mengatakan bahawa jumlah kematian akibat letupan itu meningkat kepada 188.

Letupan sejumlah besar baja amonium nitrat di pelabuhan Beirut juga mencederakan sekurang-kurangnya 6, 500 orang dan menyebabkan puluhan ribu kehilangan orang kehilangan tempat tinggal.

Sumber: Arab News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa