Siakap Keli
Gambar Via Siak Wee Yeo

Rakyat Malaysia Dinobat Juara International Aquatic Plants Layout Contest

Dua orang rakyat Malaysia telah memenangi International Aquatic Plants Layout Contest (IAPLC) yang diumumkan semalam.

Menerusi kiriman Siak Wee Yeo di Facebook, beliau telah menyandang tempat pertama dengan karyanya ‘Eden’. Menurutnya, ‘Eden’ didedikasikan untuk menunjukkan hormat kepada aquascaper di seluruh dunia.

Manakala, Josh Sim pula memenangi tempat ketiga dengan karyanya ‘Pure’.

IAPLC merupakan acara tanaman akuarium yang bertaraf dunia. Pada mula ia diperkenalkan, IAPLC telah mendapat sebanyak 557 penyertaan dari 19 negara. Kini, jumlah penyertaannya sudah melebihi 2,000 iaitu lebih dari 60 buah negara.

Sumber: Siak Wee Yeo, IAPLC

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa