Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Somalia Ucap Selamat Hari Kebangsaan Ke-63

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Somalia menzahirkan ucapan tahniah kepada Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 esok.

Dutanya di Malaysia, Abukar Abdi Osman, dalam kenyataan semalam, turut berdoa untuk keamanan, kesejahteraan dan kemajuan negara ini serta Malaysia dapat mengatasi pandemik COVID-19

Bagi pihak negaranya,  beliau juga mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan dan rakyat Malaysia sempena sambutan tersebut.

“Hubungan kukuh antara Somalia dan Malaysia membolehkan kita menghadapai cabaran baharu dengan lebih baik dan meneroka peluang baharu untuk rakyat kita.

“Membangunkan ekonomi, keselamatan dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara ini, kita terus membuat kemajuan dalam perkongsian matlamat menggalakkan keamanan dan kemakmuran negara,”  katanya.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story

test