Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 17 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 15 Kes Import Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 10 kes telah pulih.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,048 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia juga memaklumkan bahawa terdapat 17 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (30 Ogos 2020).

Sehingga 30 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 17 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,334 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 160 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 17 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 11 warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara. 15 kes import tersebut adalah dari negara:

  1. India (12 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  2. Arab Saudi (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  3. Jepun (1 kes di Sarawak).

Dua (2) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perincian kes adalah seperti berikut:

  • Selangor: satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif ke-9286. 
  • Kedah: satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif ke-9284. 

 

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa