Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Dua Kluster Baharu Dikesan Di Selangor Dan Kedah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu yang dikesan di Selangor dan Kedah.

Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kluster yang dikesan ialah Kluster MV Glen di Selangor dan Kluster Telaga di Kedah.

Kluster MV Glen

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu yang telah dikenal pasti di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor. Kes indeks merupakan kes ke-9286 yang dilaporkan positif pada 25 Ogos 2020. Kes indeks merupakan seorang krew kapal. Kes positif telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan diberi rawatan.

Saringan COVID-19 dijalankan dan sehingga 30 Ogos 2020, sejumlah lapan (8) orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Enam (6) individu adalah negatif.

Kes indeks bagi kluster ini merupakan kes import yang melibatkan satu (1) bukan warganegara manakala kes kedua merupakan kes tempatan yang melibatkan satu (1) warganegara Malaysia yang merupakan agen yang dilantik oleh syarikat perkapalan. Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat masih dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kluster Telaga

Selain dari itu, satu lagi kluster yang dikenali sebagai Kluster Telaga di Kedah merupakan seorang kontak rapat kepada kes indeks yang dikesan positif pada 24 Ogos 2020 (kes ke-9284).

Menurut KKM, kedua-dua kes ini adalah merupakan petugas kesihatan di hospital terbabit.

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenal pasti di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Kes merupakan kontak rapat kepada kes indeks yang dikesan positif pada 24 Ogos 2020 (kes ke-9284). Kes tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk diberi rawatan. Kedua-dua kes ini merupakan petugas kesihatan di hospital tersebut namun tugasan tidak melibatkan jagaan kes yang disahkan positif COVID-19.

Sehingga 30 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 374 orang telah disaring dalam kluster ini melibatkan ahli keluarga, kakitangan hospital dan lain-lain. Daripada jumlah ini:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 372 individu adalah negatif.
Gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa