Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 13 Buah Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2.30 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 6 petang ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, W.P Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak: (Hulu Perak, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

Kelantan: (Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)

Terengganu: (Besut dan Setiu)

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Bentong dan Rompin)

Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang)

W.P Putrajaya

Negeri Sembilan: (Jelebu, Seremban, Jempol dan Tampin)

Melaka

Johor: (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Kota Tinggi)

Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu)

Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pada petang ini diminta supaya berhati-hati terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka berlaku ribut petir.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa