Siakap Keli
Kredit: Dakwah Tabligh

“Doktor, Tok Tak Boleh Duduk”, Menyentuh Hati, Cucu Dukung Nenek Dipercayai Patah Tulang Ke Hospital

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjelang usia emas, satu persatu kemampuan mula berkurangan. Badan menjadi lemah dan tahap kesihatan mula menurun sehingga ramai yang tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Baru-baru ini, tular kisah seorang cucu yang sanggup mengendong neneknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Dalam perkongsian Dakwah Tabligh, kelihatan seorang lelaki mendukung wanita warga emas dipercayai neneknya untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Doktor terkejut bila seorang cucu dukung toknya umur 94 tahun masuk bilik rundingan doktor.

“Doktor tok patah tulang pinggang. Tak boleh duduk. Cek yang dukung tok mandi, berak dan makan. Tok baring je atas katil. Ayah emak tak larat..”

Berdasarkan perkongsian tersebut, doktor telah merawat kudis pada pinggul wanita berkenaan secara percuma kerana terharu dengan kebaikan lelaki berkenaan.

Ubat dan dressing doktor bagi percuma.. miskin orangnya.

“Dik ambil ni duit, bagi belanja emak ayah tok dan adik.” Sayu hati doktor. Nikmat Allah pada kita tak ternilai.

Rata-rata warga maya tersentuh dan mendoakan lelaki itu. Ada juga yang mengenangkan kembali saat berpeluang peluang berbakti kepada ibu bapa masing-masing di penghujung hayat mereka.

Cucunya memang baik

Terima kasih mendoakan nenek saya

Antara komen netizen, muncul seorang lelaki bernama Rahman Hashim yang dipercayai merupakan cucu dimaksudkan. Beliau sempat berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan neneknya.

Sementara itu, ada antara warga maya yang berkongsi memori menjaga orang tua masing-masing sehingga mereka menghembuskan nafas terakhir.

Sunyi lepas tiada arwah

Rindu

Sumber: Dakwah Tabligh 

Amira

Love yourself.