Siakap Keli

Hati-Hati Beli Barangan Perabot di Facebook, ‘Scammer’ Online Giat Iklankan Produk Untuk Menipu Mangsa – PDRM

Laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia yang menfokuskan jenayah siber iaitu Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police mengingatkan orang ramai berhati-hati membeli barangan perabot di Facebook.

Scammer onlini kini sedang giat mengiklankan barangan perabot dan perkakasan elektrik untuk menipu mangsa. Apabila scammer telah memperoleh wang deposit, scammer akan menutup akaun facebook tersebut.

Apabila mangsa menulis komen atau review yang negatif, komen itu akan dihapuskan segera dan akaun Facebook mangsa akan disekat oleh suspek. Scammer menggunakan akaun bank rakyat tempatan ataupun (mule account) untuk menerima bayaran daripada mangsa.

Scammer juga menggunakan aplikasi luar negara seperti Facebook dan Whatsapp untuk memperdaya mangsa.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)