Siakap Keli
polis kemalangan
Kredit: Bernama

Ketua Polis N. Sembilan Patah Bahu Kiri Terlibat Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi

SEREMBAN, 31 Ogos (Bernama) — Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop mengalami kecederaan patah di bahu kiri selepas terlibat dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 2.30 petang.

“Ketika kejadian, beliau sedang menunggang motosikalnya, bagaimanapun telah terjatuh secara sendiri.

“Selepas kemalangan, beliau telah dirawat di Hospital Bentong tetapi telah dipindahkan ke Hospital KPJ Seremban untuk menjalani rawatan lanjut… Keadaan beliau ketika ini stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.