Siakap Keli

COVID-19: Elakkan Laga Bahagian Tubuh Badan Seperti Genggaman Penumbuk Sebagai Pengganti Salam – KKM

Orang awam dinasihatkan agar mengelakkan sebarang sentuhan fizikal seperti melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai pengganti kepada aktiviti bersalaman.

Contoh yang ditujukan adalah perlakuan melagakan genggaman penumbuk, siku atau kaki, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Twitter, hari ini.

Justeru, orang awam dinasihatkan untuk mengikuti tiga langkah yang ditetapkan KKM dalam usaha membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 iaitu kerap mencuci tangan, menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Dalam masa sama, 3S juga perlu dielakkan iaitu Sesak (berada di tempat sesak), Sempit (tempat sempit dan tertutup) dan Sembang Dekat (bersembang dalam jarak dekat).

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.