Siakap Keli

Hanya Kerana Tak Nak Halau Tikus Dalam Bilik, Isteri Didakwa Berang Dan Gigit Kemaluan Suaminya

Akibat berang, seorang wanita bertindak mengigit kemaluan suaminya yang enggan menghalau seekor tikus di dalam bilik tidurnya.

Kejadian ini berlaku di sebuah kediaman di Kitwe Wilayah Copperbelt di Zambia, Afrika.

Memetik daripada laporan Daily Star UK memaklumkan bahawa wanita tersebut di bawah pengaruh alkohol semasa pulang ke kediamannya dan terserempak dengan seekor tikus di dalam kamarnya.

Sebelum itu, hubungan suami isteri ini dikatakan telah renggang sejak beberapa hari lalu dan telah tidur berasingan bilik walaupun dalam satu kediaman yang sama.

Pada waktu kejadian, si isteri meminta untuk suaminya menghalau tikus berkenaan namun suaminya enggan berbuat demikian. Akibat daripada itu, berlaku pertengkaran dan wanita itu terus bertindak menggigit kemaluan suaminya itu.

Susulan daripada kejadian itu, lelaki tersebut telah dibawa ke hospital berdekatan dengan rumah mereka untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: Dailystar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)