Siakap Keli

Pemuda Ini Buat 2 Kerja Sehari, Nak Kumpul Duit Demi Tanggung Kos Rawatan Nenek Yang Diserang Strok

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkongsian kali ini boleh dijadikan inspirasi dan motivasi kepada orang muda di luar sana yang masih mempunyai kedua orang tua tercinta untuk membalas jasa mereka. Besar pengorbanan yang dicurahkan oleh kedua ibu bapa kita. Tak luak pun jika kita berkongsi rezeki bersama mereka tambah-tambah lagi dengan orang tersayang.

Seperti perkongsian daripada laman Twitter Amnfdhl, seorang pemuda yang bertungkus lumus bekerja keras membantu neneknya yang sakit. Untuk meringankan beban neneknya, pemuda ini melakukan pelbagai kerja. Sifat dan semangat ini boleh dijadikan contoh terbaik untuk orang ramai.

Hi, saya ada nak kumpul duit sikit untuk perubatan nenek saya yang baru kena stroke, jadi dari pagi saya buat grabfood sampai petang lepastu ada buat repair iphone/board face to face area Setapak, Kuala Lumpur.

“Kalau tak nak guna servis, saya just minta RT untuk rezeki kami. Terima kasih.”

Bukan itu sahaja, pemuda ini juga melakukan boleh membaiki pelbagai jenis telefon pintar termasuk Iphone dan Android. Bahkan, dia juga menjual pelbagai aksesori peranti.

Saya ada jual fast charging 18w ori apple rm130, earpods lightning rm30, earpods 3.5mm audio jack rm30, cable foxconn rm15, fullset adapter+cable rm30.

Apa yang lebih tertarik dengan perkongsian pemuda ini, dia melakukan pelbagai kerja hanya untuk membantu kos rawatan neneknya yang sakit akibat strok.

Tambahnya lagi semasa dihubungi, neneknya lumpuh dan pergerakan terbatas hanya dibantu oleh kerusi roda sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai keluarga ini, anda boleh menghubungi pemuda ini di talian 01127248264. 

 

Sumber: Amnfdhl

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.