Siakap Keli

Taufan Maysak Diramal ‘Membadai’ Beberapa Kawasan di Korea Selatan Minggu Hadapan

Taufan Maysak, ribut tropika yang terbentuk di Lautan Pasifik sebelah timur Filipina, dijangka membandai Semenanjung Korea minggu hadapan, menurut laporan agensi cuaca kebangsaan pada Sabtu.

Jabatan Meteorologi Korea berkata, ribut kesembilan pada musim taufan tahun ini terletak kira-kira 970 kilometer di timur laut Manila, Filipina.

Ianya sedang melakukan perjalanan sekitar 3 kiloter per jam ke arah barat laut negara itu dengan tekanan pusat 985 hektopascal dan kelajuan angin hingga 83 kilometer sejam.

Sekiranya Taufan Maysak mengekekalkan arahnya, ia dijangka boleh mendarat di Pulau Jeju pada Rabu.

Ribut kemungkinan akan menjadi lebih kuat ketika melalui di perairan hangat di Pulau Jeju, menurut agensi itu, dengan hujan lebat dan hembusan angin kencang turut diramalkan.

Korea yang akan berada di bawah pengaruh taufan pada minggu hadapan, dijangka akan mengalami hujan lebat di daerah Jeolla Utara, Jeolla Selatan dan Pulau Jeju pada hari Selasa sebelum meluas di seluruh negara pada hari Rabu hingga Khamis.

Bagaimanapun, agensi itu mengatakan trajektori dan kekuatan taufan dapat berubah.

Sekiranya Taufan Maysak mendarat, ia hanya seminggu setelah Taufan Bavi di mana merupakan ribut kelapan dan salah satu ribut paling kuat tahun ini yang membadai negara itu.

Sumber: The Korea Herald, Yale Climate Connections

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.