Siakap Keli
merdeka 118 kedua tertinggi di dunia
Kredit: Skyscrapers MY/Google

Bakal Jadi Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia, Ini Fakta Menara Merdeka 118 Perlu Rakyat Malaysia Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setakat ini, menara berkembar Petronas dan TRX merupakan dua menara yang terkenal sebagai bangunan tertinggi di Malaysia.

Namun tahukah anda, sebenarnya ada satu lagi menara yang lebih tinggi daripada kedua-duanya? Menara yang masih dalam pembinaan ini dikenali sebagai Merdeka 118.

Bangunan milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini dijangka bakal siap dibina pada tahun hadapan.

Ia mempunyai 87 buah lif bagi keseluruhan bangunan dengan kelajuan 10 meter per saat. Mula dibina pada 2014, Merdeka 118 atau PNB118 ini mempunyai 118 tingkat di samping lima tingkat bawah tanah.

Jom kita baca bebenang dikongsikan Skyscrapers My di bawah untuk mengetahui lebih banyak fakta menarik tentang menara berprestij ini.

Dibangunkan PNB

Diberi nama Merdeka 118 sempena lokasi dan bilangan tingkat

Rekaan berilhamkan bayang Tunku Abdul Rahman ketika melaungkan Merdeka

Bermotifkan songket

Tertinggi di Asia Tenggara

Lif kaca tertinggi di dunia

Ada pasaraya

Bercahaya pada waktu malam

Arkitek daripada Australia

Bakal jadi menara kedua tertinggi di dunia

Senarai syarikat kejuruteraan terlibat dengan projek ini boleh dirujuk di sini.

Sumber: Skyscrapers MY, Skyscrapers Center

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.