Siakap Keli

Bangkai Kucing Ditemui, Badan Hancur & Terputus Dipercayai Disiat-Siat Haiwan Liar

Tragedi kucing dizalimi manusia mungkin sudah ‘biasa’ kedengaran dilaporkan dalam media sosial.

Ada kes kucing dimasukkan dalam mesin basuh, ada kes kucing dipotong-potong kakinya, malah ada kes kucing yang dibungkus kemudian dicampak ke tepi jalan.

Tidak dinafikan, ianya sangat menyedihkan kita semua.

Namun baru-baru ini, berlaku juga satu kejadian di mana kucing mati terbunuh dipercayai akibat serangan haiwan-haiwan liar.

Ikuti pendedahan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di bawah ini.

Gambar: Persatuan Haiwan Malaysia

Animal Malaysia terima satu laporan dan gambar seekor kucing hancur di luar rumah.

Kejadian dikatakan berlaku di Ipoh, Perak dengan maklumat lain tidak dinyatakan secara lengkap.

Mengikut laporan kucing dizalimi.

Namun daripada pengamatan, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal tubuh kucing ini, besar kemungkinan ia adalah serangan haiwan liar lain seperti sekumpulan anjing.

Tubuh disiat-siat terputus adalah kesan gigitan dan tarikan dua atau lebih haiwan.

Ini kerana jika ia perbuatan manusia dan potongan menggunakan cangkul atau parang, kesan percikan darah dapat dilihat di sekeliling lantai dan simen.

Manakala daging potongan menggunakan senjata tajam akan menghasilkan potongan yang lebih kemas berbanding disiat-siat.

Animal Malaysia menasihatkan pemilik kucing dan haiwan peliharaan supaya memantau kucing dan tidak membiarkan kucing peliharaan berada di luar rumah secara bebas tanpa pengawasan untuk elak insiden begini berulang.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.