Siakap Keli
Gambar: Google

Belum Sebulan, Menteri Kewangan Baharu Thailand Letak Jawatan

BANGKOK, 1 Sept  (Bernama) — Menteri Kewangan Thailand Predee Daochai meletak jawatan, tidak sampai sebulan selepas memegang jawatan berkenaan.

Peletakan jawatan bekas presiden bersama Kasikornbank itu berkuat kuasa esok, menurut pengumuman Warta Diraja hari ini.

Ahli perbankan berumur 61 itu dipilih sebagai menteri kewangan baharu pada 6 Ogos lepas. Beliau menyertai kabinet Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada 12 Ogos.

Bagaimanapun, tidak jelas sebab Predee meletak jawatan namun media tempatan mengatakan beliau berundur atas sebab kesihatan.

Peletakan jawatan Predee menambah ketidaktentuan usaha Thailand memulihkan ekonomi negara itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Kementerian Kewangan menurunkan unjuran penguncupan ekonomi 2020 kepada 8.5 peratus dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 2.8 peratus pada Januari, disebabkan oleh kesan pandemik COVID-19.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.