Siakap Keli
Foto: Facebook

Bukan Ditanam Hidup-Hidup, Warga Emas Hilang Sejak Ahad Lalu Ditemui Terbaring Dalam Lumpur

Tular di media sosial pekerja tapak pembinaan menemui seorang warga emas terbaring dalam lumpur merupakan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu di Taman Kluang Barat, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, mangsa yang dikenali sebagai Low Chon Tai berusia 87 tahun dijumpai oleh pekerja tapak pembinaan itu kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Tambahnya lagi, wanita tersebut dilaporkan hilang apabila didapati tidak pulang ke rumah di Taman Kluang Barat selepas keluar mencari bekas minimun dan kotak terpakai sejak Ahad lalu.

Sejurus menyedari ibu mereka tidak pulang ke rumah, seorang anak lelaki mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kluang pada jam 10 malam.

Menurut anak lelaki mangsa, usaha pencarian dilakukan turut disertai oleh penduduk taman serta anggota polis pada keesokan harinya di sekitar rumah mangsa dan kawasan berdekatan namun tidak jumpa sehingga sekumpulan pekerja menemuinya terbaring dilonggokan tanah liat dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

Bagaimanapun, warga emas ini telah menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom dan ahli keluarganya telah mengesahkan bahawa warga emas tersebut adalah ibunya yang dilaporkan hilang.

Menurut polis, mendapati beg duit sejumlah wang tunai, kad pengenalan dan kunci rumah masih berada di dalam poket mangsa dan disahkan tiada unsur jenayah berlaku.

Susulan daripada kejadian tersebut, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar kerana boleh menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak selamat kepada masyarakat.

 

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.