Siakap Keli

Duit Terkoyak Jangan Buang, Tukar Di Bank Negara, Boleh Dapat Nilai Penuh Atau Separuh

Pasti ada di antara kita yang pernah mempunyai duit kertas lama yang rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi. Mungkin pada pandangan mata seakan sudah tidak ada nilai, tetapi jangan dibuang kerana masih bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM).

Menerusi perkongsian Abdul Rahman Al Amin Bin Ismail, duit kertas rosak yang ditukarkan di BNM masih mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung kepada saiz.

Namun sekiranya wang tersebut kurang 1/2 daripada saiz wasal wang kertas, ianya sudah tidak mempunyai nilai lagi.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, ikuti prosedur dan garis panduan penilaian wang kertas cacat atau rosak seperti yang dikongsikan oleh BNM.

Sumber: Twitter Abdur Rahman Al Amin Bin Ismail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.