Mungkin ramai yang pernah dengar dengan petua turun termurun ini bila aseseroang mengalami tangan melecur kan? Kalau tak sapu dengan tepung atau kicap, mesti lebih terkenal dengan sapu menggunakan ubat gigi. Kononnya, murajarab dan akan mengelakkan daripada berlaku gelombong.
Tetapi, itu semua karut dan ia memberi kesan buruk jika anda sapu menggunakan apa-apa bahan yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya.
Baru tahu, rupanya tidak boleh letak ubat gigi! Ubat gigi jika diletakkan di atas kulit yang melecur boleh menyebabkan haba terperangkap di dalam kulit. Ini menyebabkan kesan terbakar menjadi lebih teruk. Tidak cukup dengan itu, kulit boleh dijangkiti kuman dan akan melambatkan proses penyembuhan.
Alirkan dengan air paip ke atas luka selama 20 minit. Ianya membantu proses penyembuhan dan mengurangkan kesan komplikasi akibat melecur.
Ini gambar rajah yang menunjukkan perkara ‘boleh’ dan ‘tak boleh’ dilakukan jika seseorang mengalami melecur pada bahagian anggota badan.
Boleh buat untuk kurangkan kesan melecur;
- Jauh dari api
- Alirkan air selama 20 minit
- Balut dengan kain bersih
- Berjumpa dengan doktor
Tak boleh dan mungkin memudaratkan kesan melecur;
- Letak mentega
- Letak ubat gigi
- Pecahkan gelembung
Sumber: Public Health Malaysia