Siakap Keli

“Kamu Tahu Ini Peti Apa?”, Tak Patuh Arahan, Remaja Dibawa ‘Lawat’ Keranda Pesakit COVID-19 Sebagai Pengajaran

JAKARTA: Pegawai Unit Polis Perkhidmatan Awam, Satpol PP Sawah Besar, Jakarta dilapor telah membawa 4 remaja yang melanggar petugas operasi penguatkuasaan pemakaian pelitup muka untuk melihat keranda mangsa Covid-19. Tujuan utama adalah untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja tersebut.

Tinjauan ANTARA mendapati keempat-empat remaja berkenaan diarahkan petugas Satpol PP supaya hadir ke lokasi pemasangan monumen Covid-19 untuk melihat sendiri keranda berkenaan.

“Kamu tahu ini peti apakan? Tahu bahayanya Covid-19 itu? Covid-19 ini boleh masukkan kamu dalam peti ini. Jadi jangan lupa pakai pelitup muka. Tak susah kan. Harga pelitup muka pon berpatutan sekarang dan mudah dicari”, kata petugas Satpol PP kepada remaja-remaja itu di hadapan keranda yang dipasang sebagai monumen Covid-19 di depan Stesen Mangga Besar, Jakarta.

Selepas mendengar kata-kata daripada petugas itu, remaja-remaja tersebut hanya mengangguk dengan wajah yang lesu.

Setelah selesai mendengar penjelasan petugas, mereka kembali ke balai polis Daerah Karang Anyar untuk menandatangani Laporan Rasmi Kes kerana melanggar peraturan penggunaan pelitup muka.

Sebelum kedatangan remaja-remaja itu, petugas sedang menjalankan operasi di Jalan Lautze dan berlaku perlanggaran antara remaja-remaja tersebut dengan salah seorang petugas di tempat kejadian.

“Kita sedang melakukan operasi penguatkuasaan pemakaian pelitup muka sebelum empat remaja yang menunggang motosikal dari arah Jalan Lautze. Mereka tidak memakai pelitup muka, mungkin panik selepas melihat petugas mereka cuba melarikan diri, sebelum melanggar seorang petugas,” kata pegawai polis Darwis Silitonga.

Perlanggaran itu menyebabkan petugas itu mengalami kecederaan dan lebam di bahagian bahu tangan kanan.

Motorsikal yang dinaiki serta remaja-remaja tersebut telah di bawa ke balai polis.

“Pihak polis telah memanggil ibu bapa remaja-remaja itu dan mereka diminta untuk membuat surat pernyataan berkenaan dengan awasi dan menjaga anak-anak mereka agar kejadian itu tidak berulang”, kata Darwis.

Sumber: KOMPAS.com

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.