Sikap tidak menjaga kebersihan masih lagi ‘segar’ dalam amalan kehidupan sesetengah individu di dunia ini.
Sama ada di rumah sendiri mahupun tempat awam, perbuatan negatif sebegini sebenarnya boleh menjadikan pemandangan suasana di situ ‘tercemar’.
Sayang sekali, sebuah pantai peranginan yang terkenal di Kota Tinggi, Johor ini juga telah menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ikuti perkongsian di laman Facebook Orang Kota-Tinggi di bawah ini.

Keindahan Pantai Tanjung Buloh dicemari dengan sampah yang (dipercayai) dibawa oleh pengunjung yang datang bercuti di pantai yang tidak berbayar ini.
Petugas-petugas MPP bekerja-keras membersihkan sampah-sampah yang ditinggalkan, tempat riadah percuma dah diupgrade untuk anda semua tapi sikap anda yang tidak ada rasa tanggungjawab membuatkan pantai ini hilang serinya.
Saranan admin kepada MPP, MDKT dan JKK setiap kali musim perayaan, setiap pengunjung yang datang berkelah dikenakan caj bayaran sebagai deposit sampah dan sediakan sekali roro (tong sampah besi yang besar di setiap sudut).

(Ia) di mana sekiranya pengunjung yang datang berkelah tidak membuang sampah sisa makanan termasuk pinggan plastik, cawan plastik dalam segala sampah yang mereka bawa di tempat yang disediakan, deposit sampah tidak dikembalikan.
Letak petugas untuk kawal pengunjung yang datang berkelah, bayaran paling minimum RM20.00.
Jadi pengunjung yang membayar akan rasa bertanggungjawab ndan dapat mendidik mereka (untuk) lebih berdisiplin.
Ingat ye, kita selalu kutuk bangsa pendatang pengotor, tapi jika lihat situasi ini adakah kita juga lebih pengotor daripada mereka.
Ingat ya orang Kota Tinggi, kebersihan mencerminkan keperibadiana diri dan kebersihan pantai kita tanggungjawab kita bersama.
Sesungguhnya ianya percuma untuk kita semua, bukan dicemari dengan sampah dan jangan jadi sampah.
Sekian terima kasih.









Sumber: Orang Kota-Tinggi