Siakap Keli

PKPD Amanjaya: KKM Seru Kira-kira 9,490 Individu Tampil Segera Jalani Saringan COVID-19

PUTRAJAYA, 2 Sept – Dianggarkan seramai 9,490 individu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Amanjaya, Kedah  belum menjalani saringan COVID-19, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Meskipun jumlah anggaran ini masih dalam semakan, namun pihak Kementerian Kesihatan (KKM) tetap mengambil kesempatan ini untuk menyeru dan merayu mereka yang belum menjalani saringan untuk segera tampil ke hadapan ke pusat-pusat saringan yang disediakan,” katanya katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, seramai 12,870 individu di kawasan berkenaan telah disaring setakat hari ini.

Daripada jumlah tersebut, hanya satu (1) kes dikesan positif, sementara 12,687 individu negatif dan 182 lagi masih menunggu keputusan.

“Syabas diucapkan kepada penduduk setempat yang memberi kerjasama yang baik kepada pasukan dari pelbagai agensi di lapangan,” tambah kenyataan itu lagi.

Mengimbas kembali, kerajaan mengisytiharkan kawasan Amanjaya dilaksanakan PKPD secara pentadbiran berkuatkuasa 28 Ogos lalu, melibatkan tiga zon komuniti iaitu Kenanga, Mawar dan Melur.

Pelaksanaan tersebut dijalankan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, umum Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri ketika itu.

BACA: TERKINI: PKPD Secara Pentadbiran Di Aman Jaya, Kedah Berkuatkuasa 28 Ogos

Sumber: KP Kesihatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.