Siakap Keli

Portal Media Antarabangsa Lapor Neymar Antara Tiga Pemain PSG Disahkan Positif COVID-19

Beberapa portal berita antarabangsa sebentar tadi melapor Neymar, bintang bola sepak dunia yang juga pemain kelab bola sepak Perancis, Paris Saint Germain (PSG) antara yang disahkan positif COVID-19.

Turut sama yang dijangkiti virus berkenaan ialah rakan trionya, Angel Di Maria dan Leandro Paredes.

Laman twitter rasmi berbahasa Inggeris PSG turut memuat naik satu ciapan yang memaklumkan berita berkenaan, bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama individu yang disahkan positif itu.

“Tiga pemain PSG disahkan positif ujian Sars-Cov-2 dan (kini) tertakluk kepada protokol kesihatan.

“Semua pemain dan staf kejurulatihan akan turut disaring selepas ini,” kata kelab tersebut dalam satu kenyataan, memetik laporan Mirror.

Sebelum ini, juara Liga Perancis itu melaporkan dua pemainnya disahkan positif COVID-19 pada Isnin lalu dan mereka telah diarahkan untuk dikuarantin.

Sumber: Mirror, AS Football, Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.