Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Hanya 6 Kes Positif Baharu Hari Ini Termasuk 2 Kes Tempatan

Kes Covid-19 di dalam negara kembali ke angka satu digit pada hari ini dengan hanya enam kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,360 kes setakat Rabu (2 Sepetember 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menjadi 153 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada enam (6) kes baharu dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import dan dua (2) kes merupakan penularan tempatan. Pecahan kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selain itu, terdapat empat (4) kes Covid-19 yang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 9,079 atau 97.00 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Manakala jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 128 kes atau 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.