Siakap Keli
Foto: Lili Arlina

Amalkan Suku-Suku Separuh & Kurangkan Makanan Berminyak, Wanita Ini Hilang 30kg Selepas Setahun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti pernah terlintas difikiran membayangkan alangkah indahnya jika berbadan kecil, pasti semua pakaian di pusat membeli belah muat dan senang untuk dapatkan saiz kan? Mesti ada yang pernah kan macam tu?

Memang betul, tidak dinafikan setiap manusia mempunyai berat badan ideal yang ingin dicapai. Semua itu terserah pada tuan badan. Jika anda seorang yang sangat berdisiplin, maka capailah berat yang diingini. Apa yang penting adalah ‘jaga makan’.

Perkongsian yang menarik dan memberi inspirasi kepada orang ramai ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Lili Arlina telah berkongsi tips pemakanan dan pengalamannya untuk turunkan berat badan dari 115kg hingga ke 83kg.

Kata wanita bekerjaya ini, beliau menurunkan berat badan adalah untuk memudahkannya menjalani urusan kerja dan ibadah. Tak salahkan kalau nak hidup yang sihat, korang pun kena cuba.

“Bukan sahaja hilangkan lebih 30kg, tapi kembalikan juga semangat diri yang mungkin telah makin terkubur…”

Tarikh 31 Ogos datang lagi..dan untuk tahun ini, bukan sahaja merdeka negara yang dikenang, tapi genap juga setahun usaha diri ini ke arah yang lebih sihat. Tarikh keramat ini juga bermulanya semangat diri untuk mengamalkan kehidupan dan pemakanan yang sihat.

Setahun berlalu, kejayaan yang tak pernah terpikir mampu buat, bukan sahaja hilangkan lebih 30kg, tapi kembalikan juga semangat diri yang mungkin telah makin terkubur dan dibenamkan oleh segelintir manusia disekelilingku.

Maruah diri yang kadang terasa dipijak dengan kata-kata sinis itu, kata-kata yang takkan dilupakan kepedihan itu tapi yang paling utama ialah merasakan diri lebih sihat untuk bekerja, beribadat dan untuk kehidupan. Memang benar “usaha tangga kejayaan”.

Ya Allah moga kau teruskan berikan jiwa dan hati yang kuat buat hambaMu ini, berikan juga kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat di sudut bumiMu ini.

Katanya semasa dihubungi, beliau hanya menjaga makan sahaja. Bukan itu sahaja, wanita ini juga mengamalkan cara pemakanan suku-suku separuh, makanan kurang minyak dan gula. Hanya lebihkan mengambil buah dan sayur-sayuran.

Senaman tak da apa yang istimewa. Saya cuma brise walk je kat taman rekreasi. Seminggu dua atau tiga kali. Tapi dah lama tak buat sebab lepas PKP ada tercedera lutut sikit sebab salah step masa memanjat. Cuma sekarang fokus portion makanan je. Makan ikut portion yang betul dan menu paling sihat yang mampu buat.

Masa makan ikut time free dan tak ada kelas di sekolah… Sebab saya percaya dengan ayat “kita adalah apa yang kita makan”.

Sarapan 7.30-9.00 pagi

  • Overnite oat dengan kurma dan Almond
  • Telur rebus 2 biji

Snacking 10.45 (pagi time rehat di sekolah)

  • Apa-apa sahaja buah tapi selalunya epal/pir/buah naga/betik

Lunch (12.00 tengah hari ke atas, ikut free jadual waktu)

  • Nasi satu senduk
  • Menu ayam, sayur (kurang minyak semuanya)
  • Sandwich (roti wholemeal, sayur salad, timun, tomato, ayam grill@tuna chunk)
  • Wrap (letak sayur/ayam/tuna/telur)

Menu lunch ikut kerajinan nak sediakan bekal ke sekolah…

Petang 4-5 petang

  • Buah – green tea

Malam (jika lapar, tapi jarang lapar kecuali busy seharian – sebelum jam 8.30 malam) 

  • Sandwich/wrap wholemeal (letak sayur dan telur)

Saya memang cut gula dan manis masa mula-mula proses dulu..bila dah turun 20 kg lebih, saya ambik juga kadang-kadang je bila teringin benda manis, contoh kuih, kek dan sebagainya..

“Berat sebelum 115++kg dan sekarang 85kg. Dari saiz 5XL ke L@XL memang saya rasa berjaya…”

“Masih saiz L atau XL. Tapi satu proses kejayaan buat saya…”

Saya tak ada target.  Cuma target saya nak amalkan gaya hidup sihat. Sebab kalau letak target saya maybe stress. So let it be natural. Slow and steady. Janji sihat.

Saya tak paksa diri langsung. Tapi dari saiz 5XL ke L@XL memang saya rasa berjaya. Sikit-sikit and slow. Yang pastinya, saya lebih sihat, terutama untuk kerja dan beribadat. Alhamdulilah! Kita usaha untuk sihat dan meneruskan kehidupan. Insyaallah

 

Sumber: Lili Arlina 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang