Siakap Keli

“Dia Tak Ada Peperiksaan Pun…”, Timb. Menteri KKMM Dakwa Video Gadis Belajar Atas Pokok Hanya Untuk Hiburan

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa gadis yang pernah tular menjawab peperiksaan di atas pokok kerana mendakwa mencari sambungan internet, Veveonah Mosibin hanya melakukan cabaran tersebut sebagai hiburan.

Menurut Zahidi, gadis berkenaan berbuat demikian bagi menaikkan nama Youtube miliknya dan tidak menduduki peperiksaan seperti mana didakwa sebelum ini.

“Untuk pengetahuan YB juga, adik Youtuber (Veveonah) tidak ada peperiksaan. Kita dah cek dah. Kita sebagai YB jangan mudah tertipu oleh kadang-kadang Youtuber dan orang yang membuat isu.

“Dia tiada peperiksaan, hanya Youtuber yang nak ambil nama. Dia terkenal sekejap, tapi dia tak ada peperiksaan pun. Bermakna dia hanya nak buat hiburan.

“Kita minta YB di kawasan yang tiada line tersebut boleh maklumkan pada SKMM dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutama dari segi pendidikan untuk kita bantu rakyat,” katanya ketika menjawab soalan YB Senator Datuk Donald Peter Mojuntin mengenai inisiatif kerajaan mengatasi masalah capaian Internet di beberapa kawasan di Sabah.

Sementara itu, Zahidi memaklumkan kerajaan sedang melakukan meningkatkan capaian daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus di kawasan yang tidak mendapat liputan.

Katanya, terdapat beberapa kawasan titik buta sama ada di bandar mahupun luar bandar yang mempunyai masalah liputan.

Susulan itu, beliau berkata kerajaan akan menambah bilangan pemancar dan menara pencawang di kawasan titik buta terlibat.

Jawapan beliau boleh didengar bermula minit 9:50.

[LANGSUNG] – Persidangan Dewan Negara Sesi Pagi | 3 Sept 2020

[LANGSUNG] – Persidangan Dewan Negara Sesi Pagi | 3 September 2020

Posted by Bernama TV on Wednesday, 2 September 2020

Sumber: Bernama TV

"