Siakap Keli
mira filzah akad nikah
Gambar: Instagram

“Doakan Mira Jadi Isteri Yang Baik…”, Mira Filzah Selamat Akad Nikah Dengan Emir Malam Ini

Kini sah menjadi isteri kepada Wan Emir Astar, selebriti popular, Mira Filzah atau nama sebenarnya Amirah Filzah kini trending di Twitter.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa tersentuh dan gembira melihat kedua-dua pasangan berkenaan.

Tiga jam lalu, Mira telah berkongsi kiriman memaklumkan mengenai pernikahannya di samping meminta doa para peminat. Kiriman tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan para pengikutnya.

Mohon maaf andai ada yang terluka

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira, Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Sekali lagi, andai ada yang bertanya, setiap majlis diadakan secara kecilan, hanya 200 – 250 tetamu sahaja yang dijemput. Maaf Mira tak dapat memenuhi permintaan untuk menjemput tetamu lebih ramai. Risau, takut ada sedara mara atau kawan kawan yang terasa. Harap klarifikasi disini menjelaskan semuanya.

Kepada @miraclegacy_, inshaAllah, bila keadaan sudah lebih baik dan selamat untuk semua, Mira akan raikan bersama kalian semua. Terima kasih atas segala kasih dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Love each and every one of you.

Doakan Mira jadi hamba yang taat dan solehah

Doakan agar Mira dapat menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya, seorang muslimah yang lebih baik, seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu (in future, inshaAllah) yang baik. 🥰

#emiramirah

View this post on Instagram

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira, Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Sekali lagi, andai ada yang bertanya, setiap majlis diadakan secara kecilan, hanya 200 – 250 tetamu sahaja yang dijemput. Maaf Mira tak dapat memenuhi permintaan untuk menjemput tetamu lebih ramai. Risau, takut ada sedara mara atau kawan kawan yang terasa. Harap klarifikasi disini menjelaskan semuanya. Kepada @miraclegacy_, inshaAllah, bila keadaan sudah lebih baik dan selamat untuk semua, Mira akan raikan bersama kalian semua. Terima kasih atas segala kasih dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Love each and every one of you. Doakan agar Mira dapat menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya, seorang muslimah yang lebih baik, seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu (in future, inshaAllah) yang baik. 🥰 #emiramirah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Sumber: Mira Filzah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.