Siakap Keli

Khuzaimi Ismail Atau Dikenali Sebagai Kumin KU2 Meninggal Dunia

Seorang lagi pelawak tanah air, Kumin Ku2 meninggal dunia tengah hari tadi di kediamannya di Pandan Indah, Selangor.

Allahayarham yang dikenali dengan nama Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail, 49 tahun berada dalam keadaan yang baik sebelum terjatuh katil secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri.

Menerusi status yang dikongsikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di laman Facebook rasmi mereka memaklumkan bahawa seluruh rakan artis bersedih dengan berita kehilangan seorang lagi pelawak, pelakon dan tenaga produksi di Malaysia.

FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pelakon, penyanyi dan tenaga produksi, Allahyarham Khuzami Ismail atau lebih dikenali sebagai Kumin KU2, 49, yang telah meninggal dunia pada hari Khamis, 3 September 2020. Semoga Allahyarham ditempatkan oleh Allah SWT di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman

Al-Fatihah

Menerusi laman Facebook slaman Al Farisi juga mengucapkan takziah atas kehilangan Allahyarham Kumin. Katanya, beliau baru sahaja menziarahi Arwah dan belum sempat untuk memuatnaik gambar di media sosial.

AL-FATIHAH baru dapat tahu KUMIN KU2 meninggal dunia. Baru ziarah dia, gambar pun tak sempat post dilaman sosial lagi. Mohon semua bantu share dan doakan.

 

Sumber: FINAS

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang