Siakap Keli

Seorang Peserta Program Realiti Disyaki Bunuh Diri Selepas Dikecam Netizen Kerana Tak Pakai Pelitup Muka

Maria Hamasaki, seorang peserta yang berusia 23 tahun dalam rancangan relaiti Jepun dikenali sebagai ‘The Bachelor Japan’ dilaporkan telah meninggal dunia kerana disyaki bunuh diri, lapor Japan Times.

Kematiannya pada rabu lalu telah diumumkan oleh laman web AbemaTV Inc., yang menghasilkan program realiti “Ikinari Marriage”, menampilkan Hamasaki dalam rancangan tersebut. Syarikat itu menyatakan bahawa mereka akan menangguhkan penggambaran bagi memberikan penghormatan atas kematiannya.

Menurut sumber, polis tidak mengesyaki sebarang perlakukan jenayah atas kematiannya.

“Kami di sini dan seluruh kakitangan mengucapkan takziah,”kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurut laman web Koreaboo, Maria Hamasaki telah mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada warganet kerana tidak memakai pelitup muka ketika keluar rumah sekitar April.

Pada masa itu juga, dia dilaporkan berdebat dengan warganet sehingga mendapat perhatian di internet.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematiannya.

Sumber: Japan Times/korea boo

Aqmal Ezany

I write what is right

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.