TERKINI: 14 Kes Positif Covid-19 Termasuk 4 Kes Baharu Di Kedah Hari Ini

Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sejumlah 14 kes baharu dijangkiti Covid-19 di Malaysia. Ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes Covdi-19 meningkat kepada 9374 kes.

Menurut perkongsian terkini dari laman Twitter rasmi Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa setakat 3 September 2020, jumlah pesakit sembuh adalah 4 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif untuk kes sembuh meningkat kepada 9083 kes.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, terdapat 10 kes tempatan dari empat kluster iaitu 4 kes daripada kluster Benteng Lahad Datu, tiga kes dari kluster Tawar, satu kes dari kluster Telaga dan dua kes dari kluster Bunga. Jumlah selebihnya adalah kes import.

Setakat hari ini, tiada kes kematian dilaporkan. Jumlah kematian kekal kepada 128 kes. Selain itu, tiada pertambahan kluster baharu setakat hari ini.

#COVID19 Terkini: 3 Sept. Empat kluster catat kes baharu hari ini. Kluster Benteng LD (6), Tawar (3), Bunga (2) dan…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 3 September 2020

 

Sumber: Dr Noor Hisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Editor: Edayu

Tambah komen

Dari Wiser.my