Sebagai ibu bapa yang ada anak kecil, anda pasti suka mendukung atau menimang si comel itu kan?
Apatah lagi apabila setiap kali mereka didukung, pasti akan diselangi dengan hilai tawa atau rengekan tangis yang sungguh comel.
Kadang-kadang ada juga yang gemar menggoncangkan si comel itu ketika masih mendukungnya.
Namun, di sebalik ‘kecomelan’ itu, ada satu perkara penting yang perlu ibu bapa tahu iaitu risiko Shaken Baby Syndrome.
Ikuti penjelasan yang dikongsikan oleh pengamal perubatan Dr. Amirul Azhar di bawah ini.
Pernah tak dukung bayi, main dengan bayi? Geram kan? Sebab comel. Tapi awas! Jangan goncangkan bayi kecil! Boleh maut! Pernah dengar “Shaken Baby Syndrome”?
Jom tambah ilmu 👇 pic.twitter.com/ecHX8miXVN
— Amirul Azhar 🇲🇾 (@amirull18) September 3, 2020
“Shaken baby syndrome” adalah kecederaan otak yang memusnahkan sel otak dan menyebabkan sel otak tidak menerima oksigen yang cukup. Ini salah satu bentuk penderaan yang boleh membuatkan kecacatan kekal pada otak atau kematian. pic.twitter.com/4sCPnFVcjY
— Amirul Azhar 🇲🇾 (@amirull18) September 3, 2020
Antara gejalanya ialah kurang makan/menyusu, muntah, sawan. Kecederaan fizikal mungkin tidak kelihatan. Selalunya kes begini adalah mangsa penderaan. pic.twitter.com/iqsKUb7FrX
— Amirul Azhar 🇲🇾 (@amirull18) September 3, 2020
Kalau bukan kes dera, biasanya jadi waktu bermain atau nak senyapkan anak yang menangis. Ini bukan caranya. Risiko dapat kecederaan otak.
Kena tahu dan sampaikan ilmu ni. Kadangkala mak ayah jaga anak betul-betul, tapi pengasuh atau saudara mara yang goncangkan anak. pic.twitter.com/wpZex8EKCh
— Amirul Azhar 🇲🇾 (@amirull18) September 3, 2020
Bayi mempunyai otot leher yang lemah untuk menampung kepala. Jika digoncang, otak bergerak di dalam tengkorak secara laju dan ini boleh menyebabkan bengkak, lebam dan pendarahan otak. pic.twitter.com/qsdMrtJtw2
— Amirul Azhar 🇲🇾 (@amirull18) September 3, 2020
Ibu bapa yang tertekan (stress) sebab anak menangis punca bayi digoncang kuat, sehinggakan ada tulang rusuk yang patah. Kalau ikut P Ramlee ajar dulu, nak diamkan anak menangis ketuk pintu, bukan goncang. pic.twitter.com/vH2JuXYiPd
— Amirul Azhar 🇲🇾 (@amirull18) September 3, 2020
Ramai bayi yang maut akibat perbuatan ini. Mereka yang selamat pula seringkali mempunyai masalah pembelajaran, cerebral palsy, buta/separa buta. pic.twitter.com/wU9prCzvKi
— Amirul Azhar 🇲🇾 (@amirull18) September 3, 2020
Anda mampu mencegahnya!
👍
-tamat-— Amirul Azhar 🇲🇾 (@amirull18) September 3, 2020
Sumber: Dr. Amirul Azhar