Siakap Keli

Gempa Bumi Sederhana Landa Sumatera, Indonesia

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada 12.02 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedudukan 99 kilometer selatan Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 45 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang