Pasukan penyelamat kini sedang mencari melalui runtuhan bangunan di Beirut selepas terdapat laporan yang mendakwa bahawa terdapat bunyi degupan jantung dikesan dan mencetuskan harapan untuk mencari mangsa, lapor Daily Mail.
Isyarat denyutan itu dikesan pada Khamis lalu dari bawah runtuhan bangunan yang runtuh semasa letupan di pelabuhan pada bulan lalu.
Pasukan penyelamat dari Chile melakukan pencarian di bangunan yang runtuh itu setelah laporan tempatan yang belum disahkan mengatakan bahawa mereka telah mengesan kemungkinan seseorang masih hidup.

Seekor anjing pengintip dari pasukan penyelamat Chile juga pertama kali mengesan sesuatu ketika pasukan itu melalui jalan di salah satu kawasan yang paling teruk.

Menurut laporan Daily Mail, mereka kemudiannya menggunakan alat pengesan audio untuk mengesan isyarat atau degupan jantung dan berjaya mengesan sebanyak 18 hingga 19 denyutan seminit.

Kesan isyarat tersebut tidak diketahui namun menimbulkan harapan baharu dan pencarian panik.
Adalah tidak mungkin untuk seseorang mangsa yang terselamat akan ditemui sebulan selepas kejadian letupan itu namun salah seorang penyelamat mendakwa bahawa peralatan mereka mengesan tanda manusia.

Letupan di gudang pelabuhan pada 4 Ogos lalu itu telah mengorbankan seramai 191 orang dan 6,000 orang mengalami kecederaan.
Sumber: Daily Mail