Gambar: Nongying Chuaibamrung

Pemandu Teksi Senyum Dalam Derita, Usung Tangki Oksigen Cari Penumpang Demi Sesuap Nasi

Biarpun menanggung derita pelbagai jenis penyakit, seorang lelaki di Thailand tetap bekerja keras mencari rezeki dengan memandu teksi.

Sumeth Singpun, 49, dikatakan menghidap pelbagai jenis penyakit yang menghalangnya untuk hidup normal seperti orang lain.

Kisahnya dikongsikan seorang pengguna Facebook, Nongying Chuaibamrung dalam satu pertemuan mereka di sebuah bandar di utara Bangkok.

Kongsi Nongying, Sumeth terpaksa mengusung tangki oksigen yang diikat pada kusyen kereta ketika bekerja demi menampung kos rawatan dan sewa rumahnya.

Lelaki itu dikatakan memandu dengan sangat perlahan di bawah 40 km/j berikutan keadaannya yang tidak dapat melihat dengan baik.

Dia juga dikatakan mempunyai pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis. Malah, lelaki itu dipercayai duduk seorang diri selepas ditinggalkan anaknya.

“Dia tinggal di Ayutthaya, sendiri. Dia perlu membayar sewa. Tak kerja, tiada wang. Wang untuk orang kelainan upaya juga tidak cukup untuk rawatan. Jadi perlu menyewa teksi untuk memandu. Ada seorang anak lelaki, tak pernah pulang untuk menjaganya,” tulis Nongying.

Tambahnya, dia sempat menghulurkan sedikit sagu hati kepada pemandu teksi berkenaan di samping menawarkan diri untuk menguruskan bantuan yang ingin disalurkan kepada pemandu tersebut.

Gambar: Nongying Chuaibamrung
Gambar: Nongying Chuaibamrung
Gambar: Nongying Chuaibamrung
Gambar: Nongying Chuaibamrung
Gambar: Nongying Chuaibamrung
Gambar: Nongying Chuaibamrung

Sumber: Nongying Chuaibamrung

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Editor: Fazidi

Tambah komen