Siakap Keli

TERKINI: 11 Kes Positif Baharu Termasuk 4 Kes Tempatan, 7 Kes Import Dan Sifar Kematian Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 9 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan 11 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (4 September 2020).

Menerusi perkongsian di akaun Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 9,092 kes secara keseluruhannya.

11 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 9,385 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang dilaporkan pula adalah sebanyak 165 kes.

Menerusi maklumat tersebut juga, daripada 11 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, terdapat 7 kes import dan 4 kes tempatan.

Turut dimaklumkan juga bahawa terdapat empat kes sedang dirawat di ICU dan tiga kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu juga, tiada kematian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kematian yang melibatkan Covid-19 kekal sebanyak 128 kes atau 1.36% secara keseluruhannya.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right